KUALA LUMPUR –
Bentuk kerja baharu memerlukan perubahan dalam strategi, langkah-langkah keselamatan, kesihatan pekerjaan serta perlindungan keselamatan sosial selaras dengan transformasi kemajuan teknologi.
Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran dalam kenyataan hari ini berkata atas kesedaran itu, pihaknya melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengambil langkah untuk negara menghadapi gelombang perubahan pendigitalan.
Katanya, antara langkah yang diambil adalah memperluaskan liputan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan yang bekerja sendiri, memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan dan mengautomasi proses teras keselamatan sosial.
“Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa adalah tepat pada masanya bagi kita menerima transformasi yang dibawa oleh pendigitalan dalam dunia pekerjaan dan menggerakkan tindakan untuk menanganinya secara positif.