Kabinet bubar Jika PM letak jawatan – Peguam

Peguam terkenal, Datuk N. Sivananthan berpendapat bahawa tidak ada lagi kerajaan apabila peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamed diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah R’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, katanya, baginda boleh melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu atau menunggu keputusan pilihan raya umum jika diadakan.

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, katanya mengulas peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here