Depoh simpanan kereta terbakar musnahkan 30 buah kereta lama

Kira-kira 30 buah kereta lama yang ditempatkan di sebuah depoh simpanan kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) musnah dalam satu kebakaran di Taman Connaught, Cheras di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira 8.04 malam, sebelum mengerahkan jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati depoh berkenaan sedang terbakar dan pasukan bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal api.

“Api dapat dipadam pada jam 10.18 malam dengan kebakaran kereta dianggarkan melibatkan 30 buah kesemuanya,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here