LTTE : 8 lelaki termasuk Adun Gadek bebas

Kuala Lumpur –

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan lapan lelaki termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek G. Saminathan, daripada pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Perintah pembebasan itu dikeluarkan empat Mahkamah Tinggi berasingan yang mendengar kes mereka, selepas dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya bahawa Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap kesemua tertuduh, mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Selain Saminathan, 35, tujuh yang lain ialah juruteknik S. Arivainthan, 28; pengawal keselamatan, M. Pumugan, 30; ahli DAP, V. Suresh Kumar, 44; ketua pegawai eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, S. Chandru, 39; seorang guru, Sundram Renggan @ Rengasamy, 53; pengutip besi buruk, A. Kalaimughilan, 29 dan penghantar surat, S. Teeran, 39.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here