KUALA LUMPUR –
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis akan terus memantau dan bersiap sedia, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara terus terjamin, susulan senario politik semasa dan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Orang ramai dinasihati supaya menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara ini.
“Pihak polis juga mengharapkan kerjasama yang berterusan dari penyokong parti-parti politik dan orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi, mencetuskan provokasi serta menyebarkan berita atau maklumat tidak benar terutamanya berkaitan sensitiviti perkauman mahu pun agama yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta kehormanian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu ketenteraman awam.
Tun Mahathir semalami meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


















