KUALA LUMPUR –
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencalonan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan adalah keputusan Pakatan Harapan (PH).
“Itu PH punya keputusan,” katanya ringkas ketika ditemui media di kediamannya di Bukit Segambut .
Terdahulu beliau bersama isterinya yang juga Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan meninggalkan kediamannya di sini, kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.