Reaksi terhadap permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak

Kuala Lumpur, Okt-

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan maaf berhubung salah laku membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru baru ini.

ADA pelbagai reaksi selepas permohonan maaf itu.Bagaimanapun, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu datang beberapa hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Bekas Presiden UMNO itu memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB yang berada di bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

Susulan daripada permohonan maaf tersebut, ada pakar perundangan menyatakan perbuatan tersebut subjudis iaitu perbincangan satu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ada pakar undang-undang yang lain pula mengatakan sebaliknya dan menganggap ia adalah satu strategi yang bijak menjelang keputusan kes tersebut.

Turut menarik perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf tersebut.

Walau apa pun, Najib masih perlu melalui proses perundangan sama ada beliau perlu membela diri atau sebaliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here