KUALA LUMPUR –
Pakatan Harapan merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada PRU14.
Pakatan Harapan bertegas menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini.
Oleh itu, demi mempertahan perjuangan, Pakatan Harapan menyatakan sokongan penuh terhadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Pakatan Harapan berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto Pakatan Harapan dalam kerajaan.