COVID-19 : Dua kes baharu

Dua kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan wanita warga Jepun berusia 41 tahun yang bekerja di Malaysia serta lelaki Itali berumur 54, menjadikan jumlah kumulatif kes itu sehingga kini ialah 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita yang merekodkan kes ke-24 itu mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun pada Januari dan ke Indonesia pada awal Februari.

Menurutnya, pesakit mempunyai gejala demam dan telah mendapat rawatan pada 17 Feb sebelum dimasukkan ke hospital swasta pada 20 Feb.

“Ujian pengesanan COVID-19 diambil bagi kes ini dan disahkan positif pada 27 Feb. Kini beliau sedang dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here