Kuala Lumpur, Feb-
Seramai 435 rakyat Malaysian berdepan pengusiran dari Amerika Syarikat (AS) selepas menerima arahan akhir pengusiran daripada Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).
Memetik data daripada operasi penguatkuasaan dan penyingkiran ICE, Harian Metro melaporkan kumpulan rakyat Malaysia itu antara 1.44 juta individu yang menerima arahan akhir pengusiran, kini berada dalam doket bukan tahanan ICE.
Mereka menerima arahan akhir pengusiran selepas Donald Trump dilantik presiden AS untuk kali kedua.
Menurut ICE, warga asing yang menerima arahan akhir pengusiran masih boleh mendapatkan perlindungan melalui suaka di AS sebagai pelarian atau bawah Konvensyen Menentang Penyeksaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Tetapi, Washington tetap mengharapkan negara asal menerima kepulangan rakyat mereka.
“Kekurangan kerjasama daripada kerajaan asing melambatkan dan dalam kebanyakan kes, menghalang proses pengusiran,” kata ICE.
Ia turut menggesa kerajaan asing mengesahkan kewarganegaraan, segera mengeluarkan dokumen perjalanan untuk mereka. Kegagalan untuk mematuhi boleh menyebabkan sesebuah negara diklasifikasikan “tidak bekerjasama” atau “berisiko tidak mematuhi”.
Ketika ini, 15 negara disenaraikan tidak bekerjasama termasuk China, India dan Pakistan, manakala 11 negara seperti Vietnam dan Iraq dianggap berisiko tidak mematuhi.





















