Lelaki hilang dua hari ditemui selamat

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Port Dickson Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata mangsa Mohd Fakhrul Fareez Mohd Afandi, 32,  ditemukan warisnya pada 12.42 malam di pantai berkenaan dalam keadaan tidak bermaya.

“Petugas operasi yang kemudian memeriksa mendapati mangsa adalah individu yang dicari. Mangsa ditemui selamat dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untul rawatan lanjut.

Pada Isnin, media melaporkan Mohd Fakhrul dilaporkan hilang pada 4.30 pagi selepas keluar mencari ketam seorang diri berhampiran sebuah resort di sini. Dia sebelum itu menyertai aktiviti perkelahan di sini bersama seorang saudara dan rakannya pada Ahad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here