Covid-19 kes baru 13,104

Kementerian Kesihatan melaporkan 13,104 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,198,235 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,943 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 1,558 kes, Johor (1,455), Kelantan (1,206), Sabah (1,078), Perak (994), Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362), Kuala Lumpur (270), Negeri Sembilan (165), Perlis (80), Putrajaya (24) dan Labuan (4).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here