MAB: Cuti tanpa gaji untuk kakitangan

PETALING JAYA: Malaysia Airlines Bhd meminta kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji sukarela sewaktu ia berusaha menangani kesan kewangan wabak Covid-19, lapor The Edge.

Malaysia Airlines menawarkan opsyen cuti tanpa gaji selama 3 bulan atau cuti 5 hari tanpa gaji setiap bulan selama 3 bulan bermula 1 Apr depan kepada semua 13,000 kakitangannya.

Terdahulu ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Izham Ismail mengumumkan bahawa pengurusan kanan kumpulan itu bersetuju dikenakan potongan gaji 10% dan melepaskan elaun masing-masing bagi mengurangkan kos operasi.

“Kesan (Covid-19) ke atas pasaran sangat besar. Orang ramai tidak lagi berjalan. Perniagaan tidak beroperasi seperti sepatutnya dan landskap penerbangan telah berubah dengan banyaknya. MAG juga tidak terkecuali,” katanya dalam satu klip video kepada pekerja MAG.

Sehingga kini Malaysia Airlines menggantung lebih 1,600 penerbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here