Lelaki Jepun yang ingin menjangkitkan orang lain dengan Covid-19 meninggal dunia

TOKYO : Seorang lelaki Jepun yang ditahan selepas dia menjalani ujian positif COVID-19 diisytiharkan meninggal dunia.

Lelaki berusia 57 tahun meninggal akibat pneumonia yang disebabkan oleh koronavirus, dan juga mempunyai kanser hepatoselular.

Lelaki itu diketahui dia dijangkiti Covid-19 pada 4 Mac, sehari selepas ibu bapanya, yang dia tinggal bersama, diuji positif. Dia dimasukkan ke hospital pada 5 Mac.

Walaupun dia diminta untuk tinggal di rumah pada 4 Mac, lelaki itu keluar untuk minum di dua bar pada hari yang sama. Pegawai-pegawai City Gamagori mendakwa bahawa dia telah memberitahu ibu bapanya bahawa dia mahu “menyebarkan virus itu,” laporan Kyodo News semalam, 18 Mac.

Lelaki itu pergi ke bar selama 15 minit dan pergi ke sebuah pub Filipina dimana dia berada di situ selama 40 minit dan menyanyikan karaoke.

Di pub itu, dia meletakkan lenggannya atas pelayan wanita. Pelayan tersebut diuji negatif untuk coronavirus, tetapi rakannya diuji positif kemudian, diberitahu oleh pegawai dari Toyota City.

Polis berhasrat menyoal lelaki itu ketika dia keluar dari hospital selepas pengurus pub memfailkan halangan perniagaan pada 13 Mac lalu. Kedua-dua bar dan pub ditutup sementara kerana jangkitan lelaki itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here