Kedudukan di Dewan Rakyat 111 vs 111

 Kedudukan di Dewan Rakyat kini sama banyak antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) apabila Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau memihak kepada PH.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat pada hari  Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 menyatakan beliau sebenarnya menyokong pembangkang sama ada di peringkat persekutuan mahupun di Sarawak.

Anggota Parti Bersatu Sarawak (PSB) itu menjelaskan beliau diberikan tempat duduk bersama penyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Manakala Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dikatakan sudah ‘u-turn’ menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota itu.

Terbaru, Baru mencadangkan Anggota Parlimen parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak berpuashati dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menilai kembali kedudukan mereka dan meninggalkan PN

Dengan keputusan Ahli Parlimen Selangau menjadikan blok pembangkang yang sebelum ini mempunyai 108 sokongan menjadikan ia kepada 111 Ahli Parlimen apabila ia ditambah dengan sokongan Timbalan Speaker  dari DAP, Nga Kor Meng (Taiping) yang masih disusun di blok kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here