Langgar Larangan Rentas Negeri, Adakah Kerana Teruja Sambut Aidilfitri?

Menjelang sambutan Aidilfitri esok, terdapat segelintir pihak yang masih tidak berputus asa mencuba nasib melakukan perjalanan rentas negeri menghala ke kampung halaman masing-masing.

Sukar difahami kenapa masih berlakunya pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun peringatan demi peringatan oleh pihak berkuasa agar tiada pergerakan rentas negeri dilakukan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Bernama melaporkan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pada Khamis sahaja, sebanyak 2,539 kenderaan cuba merentas negeri di arah berpatah balik kerana tidak mempunyai kebenaran, malah menggunakan pelbagai alasan remeh.

Pada sidang media harian mengenai PKPB semalam, Ismail Sabri mendedahkan Melaka mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi iaitu 886 kes diikuti Perak (362 kes) dan Pulau Pinang (284 kes) walaupun kerajaan sebelum ini mengumumkan tiada lagi kebenaran diberikan.

Selain itu, Ismail Sabri turut menegaskan bahawa kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas negeri seminggu sekali terbatal selari dengan pengumuman kerajaan yang tidak lagi membenarkan perjalanan sedemikian dilakukan atas apa jua alasan kecuali kematian atau kecemasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here