PLKN Bentuk generasi berdisiplin dan berjiwa patriotik – Khalid

Kuala Lumpur, Ogos-
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan sebagai satu intervensi strategik dalam membentuk generasi muda Malaysia yang berdisiplin, berjiwa patriotik dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran dunia semasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu bukan sekadar latihan fizikal sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang negara untuk memupuk semangat kenegaraan dan kesedaran pertahanan dalam kalangan belia.

“Dalam dunia yang semakin kompleks, pemupukan nilai kenegaraan dan kesedaran pertahanan adalah asas penting untuk memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.

“Namun, kajian Indeks Belia Malaysia oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia bagi 2015 hingga 2019 menunjukkan kemerosotan skor dalam domain identiti belia yang merangkumi patriotisme, kesukarelawanan dan juga perpaduan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here