Bertindak tegas atas pengaruh alkohol

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mendesak kerajaan bertindak tegas dan berlaku adil terhadap kes kali ini berserta kes yang sebelumnya, kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol ini adalah berat dan wajib dibawa di muka pengadilan secepat mungkin Menurut Ketuanya, Rosesarwandi Yaacob, masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab memandu di bawah pengaruh alkohol yang telah menyebabkan nyawa insan yang tidak berdosa menjadi korban.

“Kami mendesak agar pihak Kerajaan mengenakan hukuman denda dan penjara yang setimpal atas kesalahan pemandu mabuk ini agar kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya melalaui catatan di Facebooknya.

“Hidup dan mati bukan kuasa kita, namun Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berpendapat individu yang sengaja mencabar undang-undang wajar dikenakan pengajaran setimpal dengan kesalahan mereka,” katanya.

Kata Rosesarwandi lagi, dari satu peristiwa ke satu peristiwa yang lain, kemarahan rakyat masih belum reda terhadap sikap  tidak bertanggungjawab individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga mengakibatkan nyawa insan yang  tidak bersalah menjadi korban.

“Hari ini berlaku lagi kejadian yang menyayat hati apabila seorang penghantar makanan meninggal dunia ditempatkan kejadian selepas dilanggar pemandu mabuk ketika didalam perjalanan pulang setelah selesai menghantar makanan. Keadilan harus ditegakkan,” tegasnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here