SPRM ambil keterangan Ismail Sabri

Petaling Jaya, Jan 10.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, hari ini berkaitan siasatan RM700 juta didakwa digunakan bagi mempromosi pencapaian kerajaan.

Difahamkan, proses mengambil keterangan termasuk mengenai pemberian projek kepada individu tertentu itu dibuat di sebuah lokasi di ibu negara pada jam 10 pagi tadi.

Siasatan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here