Protes Di AS Merebak Ke Australia

Ribuan penduduk Australia berkumpul di sini pada Selasa malam sebagai tanda semangat setiakiawan terhadap demonstrasi di Amerika Syarikat (AS) kerana membantah keganasan polis terhadap golongan minoriti.

Sambil berarak, penunjuk perasaan melaungkan “saya tidak boleh bernafas” dan “nyawa orang kulit hitam berharga”, slogan sama dilaungkan di seluruh AS yang kini dihambat demonstrasi besar-besaran.

Isu salah laku anggota polis juga dikatakan berlaku di Australia, terutamanya terhadap masyarakat Orang Asli.

Demonstrasi berlangsung secara aman, ramai yang hadir memakai topeng di tengah-tengah penularan Covid-19.

“Berapa ramai yang mati ketika dalam tahanan dan berapa ramai polis yang menyebelahi kita?” kata Tristan Field yang berasal daripada masyarakat Orang Asli.

“Kita perlu menghentikan keadaan di mana orang kulit hitam terus menjadi mangsa di negara ini dan seluruh dunia kerana apa yang dilakukan terhadap mereka tidak adil.”

Walaupun hanya terdiri 2% populasi Australia, First Nations Peoples mewakili kira-kira 27% penghuni di penjara.

Tunjuk perasaan tercetus hanya beberapa jam selepas rakaman video menunjukkan remaja Orang Asli dipukul anggota polis di New South Wales.

Polis sedang menyiasat kejadian melibatkan remaja lelaki itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here