Merenung persembahan 100 hari Kerajaan Perikatan Nasional

Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada amanah dan mandat yang diberi rakyat. Namun, bukan ruang ini dan ketikanya untuk membincangkan perkara tersebut.

Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah kepada para barisan hadapan yang berusaha dan bertungkus lumus berdepan dengan hentakan Covid-19 ke atas negara dan warga.Tidak lupa juga kepada Kementerian Kesihatan dan kakitangan kerajaan dalam menggembeleng seluruh upaya dan kekuatan tatkala memastikan wabak ini ditundukkan.Namun, izinkan saya mengetengahkan beberapa perkembangan lain yang pada hemat saya membimbangkan.

Pertama, langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok ahli-ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah langkah kebelakang dan bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan jabatan-jabatan ini bebas dari cengkaman dan pengaruh politik.

Seperti yang didedahkan dalam satu audio yang tular baru-baru ini, Muhyiddin sememangnya berhasrat untuk membeli dukungan ahli-ahli Parlimen melalui ‘scheme of things’. Sehingga hari ini beliau masih belum memberikan apa-apa respons terkait ini. Di dalam bahasa Inggeris, ini disebut sebagai ‘deafening silence’.

Kedua, sebaik mengumumkan kabinet beliau pada bulan Mac yang lalu, Muhyiddin juga berikrar kepada rakyat Malaysia agar ahli-ahli kabinet akan melakukan pengisytiharan harta sebagai komitmen kepada kebertanggungjawaban dan akauntabililiti. Sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan dan rakyat tertanya-tanya apakah kerajaan hari ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya tanggungjawab dan ketelusan.

Ketiga, perkembangan kes-kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Riza Aziz dan yang terbaru Tan Sri Musa Aman. Ini memberi gambaran jelas kepada orang ramai bahawa akan ada ramai lagi jerung lain yang akan dibebas dan dilepaskan. Apakah cukup dan munasabah dengan penjelasan yang diberikan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here