Mengapa Shafie Apdal sokong Mahathir, bukan Mahyuddin?

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan pada Februari lalu?

Itu di sebalik hubungan rapat beliau dengan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima nasib yang sama apabila mereka dipecat daripada UMNO susulan isu 1MDB.

Susulan langkah yang diambil Presiden Warisan itu, majoriti Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin adalah tipis.

Selain Warisan, PH terdiri daripada PKR, DAP, Amanah, dan serpihan Bersatu.

Namun, Shafie mempunyai jawapan atau justifikasnya.

Katanya, beliau memilih untuk terus menyokong Ahli Parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri dua kali itu kerana beliau yakin terhadap kepemimpinan beliau.

“Saya sokong Tun M kerana yakin dengan kepimpinan beliau dari segi bawa arus perubahan walaupun dalam keadaan usia yang begitu lanjut,” katanya dalam satu wawancara siaran langsung dengan Astro Awani.

Menurut tokoh politik Sabah yang pernah bersama-sama UMNO dan BN walaupun usia Tun Mahathir sudah lanjut, tetapi beliau memiliki kearifan dan kebijaksanaan.

“Maka saya lihat perlu untuk pastikan supaya pembinaan sebuah negara ada kelangsungannya,” kata Shafie lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here