Kuala Lumpur, Mac.
Seorang bapa dihukum penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah di Negeri Sembilan atas tuduhan membelasah anak perempuannya yang berusia 17 tahun sehingga mangsa menerima 12 jahitan pada Januari lalu.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 47 tahun itu yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan, lapor Sinar Harian.enurut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas anak kandungnya menggunakan kerusi plastik, bakul pakaian dan papan seterika yang boleh menyebabkan kematian.
Kesalahan itu dilakukan pada 23 Jan 2024, jam lebih kurang 11.45 malam di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru di Kota, Rembau.
Kejadian itu yang memaparkan seorang lelaki membelasah anak perempuannya sebelum ini tular di media sosial.



















