PBB sahkan laporan tentang ancaman Saudi terhadap penyiasat kes Khashoggi

Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (24 Mac) mengesahkan ketepatan kenyataan pakar bebas PBB, Agnes Callamard, dalam akhbar The Guardian yang mendakwa seorang pegawai kanan Saudi membuat ancaman terhadapnya.

Pada Selasa (23 Mac) akhbar itu melaporkan seorang pegawai Saudi mengancam Cik Callamard, iaitu seorang pakar yang menjalankan siasatan ke atas kes pembunuhan tersebut.

Pegawai itu mengancam akan “mengerjakan” Cik Callamard jika beliau tidak ditahan menyusuli siasatannya ke atas kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

“Kami mengesahkan bahawa perincian yang dinyatakan dalam laporan The Guardian tentang ancaman yang disasarkan terhadap Agnes Callamard adalah tepat,” menurut jurucakap hak asasi manusia PBB, Rupert Colville dalam satu kiriman emel kepada Reuters mengenai pertemuan di Geneva pada Januari 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here