Seram,wanita dirasuk dalam wad mengaku iblis

Tular di media social wanita membuat kecoh dipercayai dirasuk ketika berada dalam wad sebuah hospital yamg tidak dipastikan lokasi dan waktu kejadian.

Menerusi video itu, kelihatan wanita berkenaan berada disisi katil pesakit sambil meracau dan mengaku dirinya iblis.

“Kau tahu aku siapa? Aku iblis. Wahai manusia, aku ingatkan kau semua, jangan pernah bermain api dengan aku” katanya.

Walaupun kelihatan kehadiran beberapa polis disitu, mereka bagaimanapun membiarkan saja wanita berkenaan bermonolog, melemparkan bantal kearah pesakit dan memukul katil didalam wad berkenaan.

Namun, kedengaran suara menengking, sekaligus menghentikan perbuatanya yang semakin agresif, hingga mula menendang kerusi.

Pun begitu, dia juga tidak mempedulikan arahan memintanya supaya duduk.

“Aku takkan duduk, si*l,” ujarnya sebelum rakaman berkenaan tamat.

Difahamkan video berkenaan mungkin dirakam dalam tempoh Perintah kawalan pergerakan(PKP) memandangkan dia memakai penutup mulut dan hidung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here