Pesara rugi hampir RM300,000

Batu Pahat, Nov 6.
Hasrat seorang pesara wanita mendapat pulangan berganda bertukar mimpi ngeri apabila kerugian hampir RM300,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud sejak April lalu.

Mangsa berusia 62 tahun dilaporkan berminat menyertai pelaburan itu selepas tertarik dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata warga emas itu berurusan dengan seorang lelaki melalui Facebook dan WhatsApp berkenaan pelaburan bitcoin.

Beliau berkata, sepanjang urusan itu, suspek menjanjikan mangsa pulangan berganda jika menyertainya.

“Mangsa kemudian memberikan maklumat peribadi termasuk nombor akaun bagi tujuan pendaftaran.

“Tanpa berasa was-was mangsa memasukkan wang berjumlah RM35,200 ke dalam tujuh akaun bank secara berperingkat-peringkat,” katanya dalam kenyataan.Menurut Ismail lagi, mangsa diumpan apabila ada wang hasil keuntungan pelaburan namun perlu membayar terlebih dahulu bagi membolehkan ia dikeluarkan.

“Mangsa perlu bayar RM164,417 terlebih dahulu, barulah keuntungan diperoleh boleh dikeluarkan.

“Pada masa sama, suspek memberitahu wang itu akan dikembalikan sekiranya mangsa

bebas daripada sebarang aktiviti penggubahan wang haram.

“Selain itu, mangsa juga diarahkan membayar RM99,636 bagi tujuan pembayaran tukaran asing namun sehingga kini, mangsa tidak menerima pulangan seperti dijanjikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here