Individu ditahan selepas disyaki menyamun suri rumah di Johor

Seorang individu ditahan selepas disyaki menyamun suri rumah di Taman Pulai Flora, Kangkar Pulai, Johor, Khamis lepas.

Suspek yang berusia 31 tahun itu, kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar, ketika mengesahkan mengenai kes memberitahu, suspek berusia 31 tahun itu ditahan pukul 2.45 pagi tadi di sebuah hotel di Taman Universiti, Skudai.

Ketika kejadian, suspek bertindak menarik rantai yang dipakai mangsa sehingga putus.

Insiden mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.

Barang kes berupa parang berukuran 45 sentimeter, pelbagai telefon bimbit, kereta, kunci motosikal dan peralatan lain yang dipercayai disamun, dirampas. 

Suspek turut mempunyai 18 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here