Perlis, Ogos-
Seorang penghuni pusat jagaan di Perlis dipercayai membakar premis itu selepas tidak dibenarkan keluar bersama teman wanitanya untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran.
Ketua Polis Padang Besar, Mohd Shokri Abdullah, berkata siasatan awal mendapati pusat jagaan itu menempatkan 20 warga emas, yang mana salah seorang penghuninya dipercayai memulakan kebakaran dalam kejadian 8.31 pagi tadi
“Semakan kamera litar tertutup di pusat jagaan itu mendapati kebakaran dipercayai dimulakan oleh salah seorang penghuni lelaki berusia 81 tahun.
“Suspek dipercayai memulakan kebakaran itu dari kawasan almari di dapur pusat jagaan yang menyebabkan ia merebak ke dewan utama sehingga membakar sebahagian ruang itu,” katanya .
Beliau berkata, kebakaran mengakibatkan 50% kawasan dewan musnah. Katanya, siasatan lanjut mendapati tindakan suspek berpunca akibat tidak puas hati terhadap penjaga pusat jagaan di Padang Besar itu.




















