Kadar sembuh Covid-19 di Malaysia 95.75 peratus – KKM

Malaysia tergolong antara 53 negara mempunyai kadar kesembuhan Covid-19 lebih 90 peratus, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Melalui Facebook, KKM memaklumkan negara ini berada pada kedudukan 26 dengan kadar kesembuhan 95.75 peratus manakala kadar kesembuhan keseluruhan kes dunia hampir 52 peratus.

Setakat semalam 8,231 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata keseluruhannya sebanyak 8,596 kes dicatatkan dengan 244 daripadanya aktif dan sedang menerima rawatan.

Beliau turut meluahkan keyakinan Malaysia mampu mencatatkan sifar kes pertengahan Julai ini sekiranya rakyat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Sasaran tersebut berdasarkan kes harian rendah yang direkodkan kebelakangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here