Kolam tadahan tidak diselenggara punca banjir di Johor Jaya

Kegagalan menyelenggara kolam tadahan yang berfungsi menampung banjir dan menghalang air pasang daripada memasuki sistem perparitan menjadi punca berlaku banjir kilat di kawasan Johor Jaya baru-baru ini.

Keadaan bertambah buruk apabila kejadian tanah mendap juga menjadi halangan kepada laluan air di kawasan itu.

Bekas Ahli Majlis Pasir Gudang Tan Tuan Peng berkata, tiada penyelenggaraan menyebabkan masalah bertambah buruk setiap kali musim hujan.

“Setiap kali banjir kilat berlaku, ia turut memberi kesan di kawasan dekat Taman Gaya, Pelangi Indah, Plentong dan Taman Moun Austin,” katanya.

Masalah berlarutan sejak bertahun lama itu juga akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan Parlimen Pasir Gudang, tambahnya.

“Pertama, kena ada penyelenggaraan. Seumur hidup ia tidak pernah diselenggara. Ia sepatutnya kena diselenggara kerana pasir tanah akan masuk ke dalam dan menyebabkan kawasan itu cetek.

“Kedua, kena jaga benteng. Jika rosak, ia akan menyebabkan masalah air keluar dengan cepat dan berlakunya banjir. Selalunya kena pantau apa berlaku, setahun atau dua kali setahun,” kata Tan.
Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah maklum mengenai permasalahan itu.
Katanya, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) juga telah melakukan semula penstukturan gabion struktur kekal konkrit dan cerucuk keping di kawasan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here