Percutian Bertukar Tragedi, Seorang Lelaki Lemas, Rakan Masih Hilang Ketika Mandi-Manda Di Teluk Batik

Kegembiraan lapan lelaki bercuti di Pantai Teluk Batik, di sini, berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi masih belum ditemui ketika bermandi-manda di kawasan peranginan itu, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Manjung Abdul Hazhar Ismail berkata mangsa, S.Emmanuel Raj, 21, ditemui pada 6.55 petang manakala rakannya, R.Vigneis, 22, masih hilang.

Beliau berkata lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.10 petang.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 6.55 petang selepas dihanyut arus ombak ke tepi pantai di kawasan berhampiran.

 “Mangsa diberikan bantuan awal pernafasan oleh pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia manakala rakannya masih hilang.

“Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan dalam radius 50 meter dari pantai dan lokasi dia dikatakan hilang. Mayat mangsa juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hazhar berkata, difahamkan, kedua-dua rakan berkenaan pergi ke kawasan peranginan terbabit bersama enam lagi rakan mereka untuk melakukan aktiviti bermandi-manda.

  Sementara itu, rakan mangsa, S.Rishethirabalan, 22, berkata dia bersama rakan-rakan tiba di Teluk Batik dari Ipoh pada pukul 2.30 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here