Azmin puji kepimpinan cemerlang MB tadbir negeri

Prestasi cemerlang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mentadbir negeri dipuji menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri.

Memetik portal The Star, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gembira Selangor dipimpin pasukan yang kuat untuk meneruskan dasar peduli rakyat.

“Selangor sangat penting bagi kerajaan Persekutuan dan menyumbang lebih 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar nasional, justeru kita harus pastikan tiada gangguan.

“Saya sekarang mewakili kerajaan tetapi Selangor sangat dekat di hati saya dan saya gembira negeri ini mempunyai pasukan yang kuat di bawah (pimpinan) Amirudin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor di sini yang turut disertai Amirudin.

Mantan Dato’ Menteri Besar itu turut memberi jaminan keadilan kepada semua negeri dalam usaha menjana semula ekonomi negara susulan pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here