Saintis Di China Dakwa Temui Virus Baharu Pada Khinzir, Mungkin Boleh Berjangkit Kepada Manusia

Sejenis selesema babi yang berpotensi menjangkiti manusia dan boleh menyebabkan wabak lain telah dikenal pasti oleh para saintis.

Virus berkenaan yang disebut oleh penyelidik sebagai G4 EA H1N1, dikesan melalui analisis daripada 30,000 sampel swab hidung yang diambil dari khinzir di rumah penyembelihan di China.

Ianya digambarkan sebagai campuran influenza yang dijumpai pada burung di Eropah dan Asia serta virus H1N1, yang dipercayai telah membunuh sehingga setengah juta orang di seluruh dunia pada tahun 2009 lalu.

Kemasukan gen H1N1 di dalam virus baharu ini menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan  penyebaran dari manusia ke manusia, menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah Proceedings of the National Academy of Science (PNAS) pada Isnin.

“Virus G4 mempunyai semua ciri penting dari virus pandemik,” tulis para penyelidik dari Universiti Pertanian China.

Ujian yang dilakukan terhadap pekerja yang mengendalikan khinzir juga menunjukkan bahawa lebih daripada 10 peratus telah diuji positif antibodi terhadap G4.

“Jangkitan seperti ini sangat meningkatkan peluang untuk penyesuaian virus pada manusia dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya virus pandemik,” tambah para penyelidik.

“Mengendalikan virus G4 EA H1N1 yang ada pada khinzir dan pemantauan ketat pada populasi manusia, terutama pekerja di industri khinzir, harus segera dilaksanakan.”

Pakar mengatakan bahawa kemungkinan virus ini boleh menyebabkan pandemik lain adalah rendah tetapi memberi amaran bahawa kewaspadaan masih diperlukan.

“Influenza dapat memberi kejutan kepada kita,” kata ahli biologi evolusi Martha Nelson kepada majalah Science.

Prof Kin-Chow Chang, yang telah mempelajari virus tersebut dan berpusat di Universiti Nottingham, mengatakan kepada BBC bahawa G4 belum menjadi masalah tetapi menambah: “Kita tidak boleh memandang remeh kepada virus baru yang berpotensi berbahaya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here