Kastam terima mesin pengimbas, bot pengejar sebelum Disember

Sebanyak 30 mesin pengimbas serta 30 bot pengejar baharu akan diterima pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum Disember tahun ini, menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir.

Beliau berkata kemudahan itu akan digunakan bagi menambah baik penugasan serta keperluan JKDM di pintu-pintu masuk sempadan negara.

“Pihak JKDM kini sedang menunggu 30 mesin baharu untuk dihantar serta dipasang di sini. Di samping itu, mesin pengimbas sedia ada yang telah luput atau rosak akan digantikan.

“JKDM dalam masa sama turut akan menerima penghantaran 30 bot pengejar untuk ditempatkan di seluruh negara yang semestinya akan memantapkan lagi kemampuan JKDM melaksanakan tugas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here