Enam maut, puluhan ditembak dalam beberapa insiden di New York

Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam beberapa kejadian tembakan di New York pada Sabtu, ketika orang ramai menyambut Hari Kemerdekaan negara itu, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan dan media.

Jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, dari Jumaat sehingga jam 3 petang (19:00 GMT waktu tempatan) pada Ahad, seramai 51 orang ditembak dalam 34 kejadian berasingan di bandar itu.

Sementara itu, NBC New York melaporkan pada Ahad sekurang-kurangnya enam orang maut.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, New York dilanda insiden keganasan membabitkan senjata api.

Menurut statistik jenayah NYPD pada Mei, terdapat 100 kejadian tembakan (64 peratus) berbanding tempoh sama tahun lalu.

Minggu lalu bandar raya itu melaporkan 63 kes, peningkatan 142 peratus berbanding minggu sama pada 2019, menurut NBC New York.

Beberapa pihak menyalahkan keputusan NYPD membubarkan unit antijenayah pada pertengahan Jun lalu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes bagaimanapun, Datuk Bandar Bill de Blasio menafikan perkara itu.

Presiden Donald Trump pada Ahad mahu Gabenor New York Andrew Cuomo dan Bill de Blasio mengambil tindakan sewajarnya.

“Kerajaan Persekutuan bersedia membantu, jika diminta!” tulis Trump di Twitternya.-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here