Tiga Bilik SMK Pasir Gudang 3 Musnah Dijilat Api

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bergegas ke Pasir Gudang bagi menghentikan kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Pasir Gudang 3 tengah hari tadi.

Menerusi satu kiriman daripada laman Twitter pembaca berita terkenal Yasir Mansor menunjukkan api yang marak telah membakar tiga buah bilik di sekolah tersebut iaitu bilik stor, bilik sejarah dan bilik akses.

Pihak Bomba dapat mengawal api dalam tempoh lebih 1 jam. Operasi tamat pada pukul 12.44 tengah hari tadi.

Punca kejadian masih belum dikenalpasti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here