Bunuh ahli perniagaan bermotifkan wang

Kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, dekat sini pada Sabtu lepas adalah bermotifkan wang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Huzir berkata siasatan pihaknya dalam kes itu membabitkan semua aspek.

“Selain itu, keputusan bedah siasat mangsa belum diperoleh dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini Selasa seperti dipetik Astro Awani.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disusuli penemuan mayat mangsa di kawasan belukar itu.

Mangsa sebelum itu dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10.30 pagi, 10 Jun lepas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here