Keputusan Penghakiman Kes Tembakan Dua Masjid Di Christchurch Diketahui 24 Ogos Ini

Keputusan penghakiman ke atas suspek yang dilaporkan melakukan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand tahun lalu akan diketahui 24 Ogos ini.

Lelaki yang berasal daripada Australia itu telah mengaku bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Christchurch pada awal tahun ini.

Hakim, Cameron Mander menyatakan bahawa perbicaraan akan berlangsung selama tiga hari, namun ianya mungkin akan mengambil lebih banyak masa jika perlu.

Tragedi berdarah di New Zealand yang telah berlaku pada 15 Mac tahun lalu itu telah membuatkan satu dunia berkabung selepas seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan rambang di dua buah masjid ketika umat Islam hendak melakukan solat Jumaat di Christchurch.

Selain itu, dia juga telah memuat naik video serangannya itu di laman Facebook secara langsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here