Empat dron bawa bom ke Arab Saudi dimusnah

EMPAT buah dron yang digunakan membawa bahan letupan ke Arab Saudi berjaya dimusnahkan sebelum sampai ke negara yang menempatan dua masjid suci umat Islam itu.

Dron berkenaan dilancarkan oleh kumpulan militan Al Houthi dari Yaman menuju ke arah Arab Saudi sebelum dipintas oleh perikatan ketenteraan yang diketuai Arab Saudi.

Menurut Jurucakap perikatan, Kolonel Turki Al Maliki seperti dipetik Arab News, Tiga daripada empat buah dron itu dimusnahkan di ruang udara Yaman.

“Angkatan tentera bersama menghadapi ancaman ini dan menggagalkannya dengan memantau dan memusnahkannya secara terus selepas mereka menembak dari dalam kawasan yang dikuasai militan di Yaman, kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here