Pemandu Bas Alami ‘Mati Otak’ Lepas ‘Dibelasah’ Akibat Dipercayai Halang Penumpang Tiada ‘Mask’ Naiki Bas

Seorang pemandu bas di Perancis diisytiharkan mati otak selepas diserang oleh beberapa orang yang dilarang olehnya untuk menaiki bas kerana tidak memakai pelitup muka, lapor Daily Mail.

Penyerang-penyerang itu didakwa cuba untuk menaiki bas di Bayonne tanpa tiket atau pelitup muka yang merupakan ‘mandatori’ dalam pengangkutan awam di sepanjang Perancis.

Menurut laporan Daily Mail, ketika pemandu itu cuba untuk menghalang mereka masuk ke dalam bas, dia telah ditumbuk berulang kali dan menyebabkan kepalanya mengalami kecederaan yang serius.

Sumber polis di Bayonne berkata bahawa seorang individu telah berada dalam tahanan dan suspek masih lagi dicari.

Pemandu itu juga tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital dan dinyatakan mati otak oleh doktor pada Isnin.

Akibat dari serangan itu, perkhidmatan bas wilayah telah terganggu setelah beberapa rakan kepada pemandu enggan bekerja sebagai tunjuk perasaan.

Syarikat bas itu menyuarakan sokongan terhadap tunjuk perasaan itu dan mengatakan bahawa tindakan tersebut ‘benar-benar sah’, lapor media Perancis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here