Baling kayu ke arah anggota AADK

Gara-gara mahu mengelak ditahan, seorang lelaki bertindak membaling kayu pada sekumpulan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sehingga menyebabkan seorang daripadanya cedera.

Bagaimanapun, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Cegah AADK di Kampung Rusa di sini, semalam.

Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak, berkata anggota terbabit mengalami kecederaan, luka di tangan dan sudah diberikan rawatan.

“Ketika ditahan lelaki berkenaan bertindak agresif dan cuba meloloskan diri, sebelum ditahan 50 meter dari rumahnya.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif methamphetamine dan morfin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arnida berkata, lelaki itu antara 11 lelaki yang ditahan dalam operasi di 14 lokasi bermula 9 pagi sehingga 8 malam.

Katanya, semua ditahan berusia di antara 16 hingga 37 tahun.

“Enam daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan morfin, empat positif dadah morfn manakala seorang positif ganja.

“Kesemua mereka di siasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here