KUALA LUMPUR –
Bank Rakyat melancarkan semula Kempen Emas 2 Kilo dengan menawarkan sebanyak 28 hadiah bernilai keseluruhan melebihi RM400,000 atau2 kilogram (kg) emas kepada pelanggan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dan Ar-Rahnu X’ Change.
Kempen yang dianjurkan buat tahun ketiga ini diteruskan lagi kerana sambutan memberangsangkan yang diberikan pada tahun sebelum ini. Pada penghujung kempen tahun lalu, Bank Rakyat telah mencapai peningkatan keuntungan sebanyak RM2.4 juta dalam tempoh empat bulan sejak ia dilancarkan yang menyaksikan penyertaan seramai 240,000 pelanggan.
Kempen ini dilancarkan bagi mempromosikan perkhidmatan Ar-Rahnu kepada masyarakat serta mendidik mereka bahawa emas merupakan satu aset yang boleh dilaburkan untuk melonjakkan ekonomi individu dan berupaya untuk menjana ekonomi negara.
Masyarakat di Malaysia sudah mula menyedari kelebihan perkhidmatan Ar-Rahnu yang bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah keperluan aliran tunai segera, malah ia juga boleh menjadi alternative pembiayaan yang mudah untuk diproses terutamanya kepada usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Senario ini dapat dilihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini, yang mana kebanyakan masyarakat telah memanfaatkan perkhidmatan Ar-Rahnu sebagai medium untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Bank Rakyat juga mahu mengubah persepsi masyarakat tentang perkhidmatan pajak gadai Islam bukan hanya untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan sahaja sebaliknya boleh dijadikan sebagai tempat simpanan aksesori emas yang selamat serta jauh daripada unsure riba yang dilarang Islam.
Menerusi kempen ini,Bank Rakyat mensasarkan pertumbuhan pengeluaran pembiayaan Ar-Rahnu sebanyak 20% dan pertambahan pelanggan sebanyak 2% hingga 5% pada penghujung kempen iaitu pada bulan November 2020.
Pemenang hadiah utama Kempen Emas 2 Kilo akan memenangi 1kg emas yang akan diumumkan selepas kempen berakhir. Hadiah lain yang ditawarkan termasuklah 500 gram, 250 gram dan10 gram emas.
Pada tahun lalu, Zaharah Mustaffa, pembantu tadbir sekolah rendah dari Kulim, Kedah telah dipilih sebagai pemenang hadiah utama yang berupa 1kg jongkong emas.
“Secara peribadinya, saya menggalakkan masyarakat untuk tidak melepaskan peluang untuk menyertai kempen ini yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada pelanggan. Bagi saya dan keluarga, hadiah ini amat berharga kerana emas merupakan aset yang begitu bernilai. Alhamdulillah, hasil kemenangan ini saya dapat membantu kedua ibubapa saya untuk membaik pulih rumah mereka serta membayar pembiayaan perumahan saya,” kata Zaharah yang ditemubual baru-baru ini.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80-5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media social rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).