Tujuh maut dalam nahas udara di Turki

Tujuh anggota keselamatan maut dalam nahas udara di wilayah Van, timur Turki, lapor agensi berita Anadolu memetik Menteri Dalam Negeri hari ini.

Nahas berlaku apabila pesawat yang membawa mereka terhempas di kawasan pergunungan.

“Kami kehilangan tujuh anggota, dua daripada mereka adalah juruterbang,” kata menteri Suleyman Soylu.

Soylu berkata, pesawat itu terhempas pada ketinggian 2.200 meter di Gunung Artos.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Van Ferit Melen pada jam 6.35 petang waktu tempatan (1535GMT).

Soylu berkata, pesawat model 2015 itu sedang menjalankan kerja-kerja pengawasan dan meninjau wilayah Van dan Hakkari.

Kali terakhir juruterbang menghubungi menara kawalan ketika berada di sekitar daerah Baskale pada jam 10.32 malam (1932GMT) sebelum terputus hubungan kira-kira jam 10.45 malam (1945GMT).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here