Kolaborasi Bersama Demi Kanak-Kanak dan Remaja Berkeperluan Khas.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada hari ini menjalankan kolaborasi yang penuh bermakna dengan Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan Rehabilitasi, Hospital Tunku Azizah (HTA) untuk menjayakan Program Remaja Berkeperluan Khas ‘Teen Titans’, sebuah inisiatif yang dimulakan oleh HTA.

Program hari ini mendapat penyertaan daripada 27 orang kanak-kanak dan remaja istimewa, para penjaga dan 30 orang urusetia dan kakitangan dari HTA termasuk pakar
perunding pediatrik, doktor, ahli fisioterapi dan staf jururawat.

Anak-anak ini telah diberi peluang merasakan sendiri pengalaman menaiki bas Rapid KL
yang lengkap dengan fasiliti mesra pengguna kurang upaya dari Hospital Tunku Azizah keTaman Botani Perdana di mana program ini dijalankan.

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, program ini turut bertujuan untuk membang kitkan semangat patriotisme dan juga keyakinan diri anak-anak yang berada dalam lingkungan 9 hingga 13 tahun.

Ketua Pegawai Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti, Persekitaran & Pembangunan Lestari Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Encik Idzqandar Abu Bakar berkata di dalam ucapannya, “Kami di Prasarana sememangnya amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama menjayakan program ini. Saya percaya ‘Teen Titans’ bukan hanya sekadar satu program, tetapi ia sesungguhnya melambangkan semangat, ketabahan, dan keazaman anak-anak ini. Program seumpama ini juga melambangkan usaha Prasarana dengan kerjasama rakan-rakan kolaborasi untuk mewujudkan impak sosial yang bermakna. Ini juga melambangkan komitmen Prasarana untuk terus menambahbaik kemudahan kami yang disasarkan kepada komuniti istimewa.”

Dr. Suhaila Tan Sri Omar, Ketua Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan Rehabilitasi, Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Tunku Azizah berkata, “Kami berharap program ini akan menerapkan nilai-nilai murni, sayang pada negara dan membantu membentuk keperibadian yang mulia kepada generasi yang akan datang kerana mereka adalah harapan bangsa dan negara kita. Program kolaborasi bersama Prasarana ini juga diharapkan dapat membuka mata anak-anak dan remaja berkeperluan khas dan juga komuniti tentang perkhidmatan pengangkutan awam yang sememangnya mesra OKU dan mempunyai fasiliti lengkap terutama bagi mereka yang berkerusi roda.”

Dijalankan sebanyak tiga kali dalam masa setahun, aktiviti-aktiviti di dalam program ini disesuaikan mengikut keupayaan peserta seperti aktiviti mewarna, pertandingan tugu negara dan permainan kotak beracun.

Prasarana Malaysia Berhad berharap melalui kolaborasi ini, program Teen Titans akan memberikan manfaat yang berkekalan kepada kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas, sambil mewujudkan persekitaran inklusif yang memupuk budaya dan    kecemerlangan di kalangan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here