Dua tahun tak bayar gaji pemandu bunuh majikan

Seorang pegawai kerajaan Indonesia maut selepas ditikam beberapa kali oleh pemandu peribadinya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, Indonesia, Berry Juana mengatakan hasil dari siasatan, tertuduh mengaku telah membunuh mangsa kerana sakit hati disebabkan gajinya tidak dibayar selama lebih 2 tahun menjadi pemandu peribadi mangsa.

Tertuduh yang juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah berjaya ditangkap oleh Polis Indonesia pada Khamis lalu. Selain itu, polis juga berjaya menemui parang dan senapang yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

CCTV ditempat kejadian berjaya merakam kejadian dan menunjukkan mangsa telah ditetak beberapa kali sehinnga rebah di kaki lima.

Tertuduh disabitkan kesalahan membunuh dengan hukuman penjara lebih 7 tahun.

Menurut laporan polis, kejadian terjadi semasa mangsa sedang membeli barang bersama isterinya di sebuah pasar dan semasa dalam perjalanan ke  rumah, suspek yang muncul dari belakang mangsa terus menetak dengan senjata tajam bebebrapa kali.

“Mangsa mengalami koyak di kepala, belakang badan dan luka di tangan yang disebabkan oleh senjata tajam yang digunakan oleh suspek,”

Mangsa telah meninggal dunia semasa dikejarkan ke Rumah Sakit Daerah Bulukumba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here