Rafizi stabil selepas serangan jantung

Rafizi stabil selepas serangan jantung

Ipoh, Okt 21.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung baru-baru ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya. Kita doakan yang terbaik untuk beliau, jawabnya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Difahamkan, ahli Parlimen Pandan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung. Difahamkan juga, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here