Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Kebanyakan Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga 5 petang ini.

Amaran ribut petir ini telah dikeluarkan oleh MetMalaysia pada jam 2:10 petang melibatkan sebelas buah negeri di Semenanjung dan luar Semenanjung Malaysia.

Antara negeri yang dijangka akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini ialah,

Perlis, Kedah (Langkawi, Lubang pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim). Pahang ( Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera dan Rompin). Selangor. WP Kuala Lumpur. WP Putrajaya. Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, dan Jempol). Johor.

Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong Sarikei (pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri). Sabah ( Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here