Bekalan air Gombak pulih 6 petang ini, bantuan disalur

Bekalan air di 16 kawasan di Gombak dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 petang hari ini, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Elina Baseri berkata pada masa ini, bekalan air ke kawasan terjejas sudah disalurkan secara berperingkat setelah kerja baik pulih sistem rumah pam Taman Melawati siap pada jam 1 pagi tadi.

“Segala usaha sedang diambil oleh Air Selangor bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan serta meminimumkan impak gangguan kepada pelanggan.

“Bantuan bekalan air menerusi lori tangki terus digerakkan ke kawasan yang masih belum mendapat bekalan air,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai boleh menghubungi talian 15300 dan Whatsapp ke talian 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan.

Semalam, dilaporkan sebanyak 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air akibat kejadian paip pecah di Rumah Pam Melawati, dekat sini.

Senarai kawasan yang terjejas adalah :

  1. Taman Melawati
    2. Kemensah Residensi
    3. Saujana Melawati
    4. Sunway Kayangan
    5. Sunway Melawati
    6. Tiara Kemensah
    7. Tropika Kemensah
    8. Twin Palm Kemensah
    9. Ukay Prima
    10. Bukit Melawati
    11. Nadayu Melawati
    12. Amber Hill
    13. Kampung Klang Gate
    14. 203 Melawati
    15. Zoo Negara
    16. Kemensah Heights

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here