Ahli perniagaan jatuh kondo saksi utama dalam kes rasuah Guan Eng

Seorang ahli perniagaan terkenal yang meninggal dunia di Pulau Pinang adalah saksi utama dalam kes rasuah projek terowong dasar laut bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng, kata sumber. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata lelaki berusia 53 tahun itu pernah ditahan untuk siasatan.

Katanya, lelaki itu pernah bekerjasama sepenuhnya dengan pasukan penyiasat dan memberikan keterangan bersumpah untuk membantu kes berkenaan. Kita sama sekali tidak menekannya. Dia bekerjasama dengan rela hati. Dia adalah salah seorang saksi utama pendakwaan kes mengenai perjanjian pertukaran tanah,kata sumber itu kepada FMT. tapi tidak mendedahkan nama ahli mangsa itu sementara menunggu pengesahan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here