Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kerinci selesai

Kerja pembaikan paip pecah yang menyebabkan 50 kawasan di Petaling terjejas selesai jam 10 pagi tadi, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Elina Baseri berkata kerja paip pecah di persimpangan Jalan Kerinci, Bukit Angkasa itu berjaya disiapkan lebih awal berbanding jangkaan pada jam 12 tengah hari ini.

“Bekalan air sudah mula disalurkan kesemua kawasan terjejas di Petaling dan ia dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 petang nanti.

“Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori tangki akan terus digerakkan bagi membantu pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Senarai kawasan terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

1. Taman OUG
2. Bukit OUG
3. Taman Perindustrian OUG
4. Taman Bukit Indah
5. Taman Nam Fong
6. Taman Tan Yew Lai
7. Pusat Perniagaan Kinrara & Apartment Lavender
8. Taman Kinrara
9. Taman Lucky Puchong
10. Taman Pandyan
11. Taman Kanagapuram (Seksyen 18 PJ)
12. Seputeh
13. Taman Halimahton
14. Taman Bukit Desa
15. Taman Lee Yan Lian
16. Petaling Bahagia
17. Taman Bukit Indah
18. Taman Desa
19. Taman Angkasa Puchong
20. Taman Puchong Indah
21. Gasing Indah
22. Jalan Klang Lama Batu 3 hingga 8
23. Taman Seri Sentosa:
24. Taman Kandan
25. Kuarters JKR Batu 6 1/2 Puchong
26. Kem TUDM Kinrara
27. Taman Park Siong
28. PJ New Town
29. PJ Old Town
30. Seksyen 1 hingga Seksyen 8 PJ
31. Seksyen 9 -13 PJ
32. Seksyen 52
33. Jalan Gasing
34. Jalan Tandang
35. Jalan Kilang
36. Lorong Asrama Pantai Dalam
37. Kampung Pasir
38. Kampung Dato Tatah
39. Pantai Dalam
40. Pantai Hill Park
41. Pantai Permai
42. Angkasapuri
43. Kerinchi
44. KL Gate Way Kerinchi
45. Rumah Pangsa PKNS Pantai Dalam
46. Seksyen 22, PJ
47. Seksyen 14, PJ
48. Seksyen 51A
49. SS9
50. Sebahagian SS9A

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here